FACEBOOK SK. PAGUOKON

MAKLUMAN


AWAM

08. Kelas ICT : Sepanjang cuti sekolah penggal 2, kesinambungan dari Kelas ICT yang diadakan pada Oktober lalu.

07. Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar : Ditangguh ke tahun hadapan.

06. Penanaman Sejuta Pokok : 15 November, kawasan sekolah.

05. Sukan Sekolah : 15-16 November, Padang sekolah.

04. Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 : 30 Oktober, Kota Kinabalu.

03. Badminton Persahabatan : 28 Oktober, SK. Pekan lwn SK. Paguokon, Kompleks Sukan Tenom.

02. Mesyuarat PIBG kali ke-2 : 26 Oktober, Kelas Tahun 6.

01. Lawatan Kelab Guru & AKS : 23-24 Oktober, W.P. Labuan.


=> Ibu Bapa / Penjaga yang berkenaan : Sila rujuk surat rasmi yang telah diedarkan.


WARGA SK. PAGUOKON

03. Taklimat SKPM : 09 November, Kelas Tahun 6

02. Mesyuarat Staf : 08 November, Kelas Tahun 6

01.
Sesi Fotografi warga SK. Paguokon sesi 2010 : Bermula 26 Mei [Rabu].


=> Sila rujuk notis / memo di Pejabat untuk maklumat lanjut dan terkini.

=> Klik 'IKLAN' untuk iklan / catatan maya.

08 November 2010

Aktiviti/Peristiwa penting sepanjang bulan September dan Oktober [i]

 
Berikut disenaraikan laporan atau catatan ringkas aktiviti-aktiviti atau peristiwa penting yang telah berlaku sepanjang dua bulan yang lalu, bermula bulan September [selepas cuti Hari Raya Aidil Fitri].


01. Taklimat UPSR dan Sesi Bersama Guru-guru Tahun 6 [20.09.2010]

Aktiviti ini telah diadakan pada 20 September yang lalu, sehari sebelum peperiksaan UPSR dijalankan. Ianya dikendalikan oleh En. Ahmad Latip selaku Setiausaha UPSR bagi tahun ini. Aktiviti ini bertujuan untuk membuat semakan atau ulangkaji mengenai apa yang perlu dilakukan sepanjang menghadapi UPSR dan juga memberi peluang untuk bermaaf-maafan antara guru mata pelajaran dan para murid. 

 
Lihat gambar terpilih di sini [KLIK]
 

02. Aktiviti 'Pejabat Terbuka' [mula 21.09.2010]

Aktiviti ini dijalankan secara santai dan 'tidak rasmi' di sekolah, sepanjang minggu peperiksaan UPSR dijalankan. Para warga yang sudi untuk berkongsi juadah sempena Hari Raya masing-masing membawanya ke pejabat untuk dinikmati bersama, bergilir-gilir.

 
Lihat gambar terpilih di sini [KLIK]
 

03. Aktiviti Menanda Aset [Tagging] [mula 21.09.2010]

Aktiviti ini mula dijalankan pada hari pertama UPSR berlangsung. Ianya merupakan tugasan rintis bagi menanda aset-aset yang ada di sekolah mengikut piawaian yang telah ditetapkan dengan merujuk Pejabat Pelajaran Daerah [PPD] Tenom. Antara kawasan yang terlibat pada permulaan ini ialah Bilik Didik Kasih [Kelas Pemulihan], Kelas Tahun 2 Alfa, Bilik Operasi Sekolah [BOSS] dan semua Kelas Kabin.


Lihat gambar terpilih di sini [KLIK]


04. Ujian Penilaian Sekolah Rendah [UPSR] [21-24.09.2010]

UPSR tahun ini berlangsung pada minggu pertama selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, iaitu pada 21 - 24 September. Tiada masalah besar yang berlaku sepanjang UPSR dijalankan dan para murid dapat menghadapinya dengan suasana yang baik. Keputusan UPSR bakal diketahui pada 11 November ini.


Lihat gambar terpilih di sini [KLIK]


05. Majlis Penutupan Minggu Pendidikan Islam dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah [01.10.2010]

Pada 01 Okotober yang lalu, dua aktiviti besar telah berlangsung iaitu Majlis Penutupan Minggu Pendidikan Islam [MPI] dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat SK. Paguokon. Pada majlis ini, acara penyampaian hadiah bagi pemenang sempena aktiviti MPI dan pertandingan khas sempena sambutan Hari Raya telah diadakan. Sambutan Hari Raya ini ialah majlis yang paling besar dan meriah diadakan bagi tahun ini.


Lihat gambar terpilih di sini [KLIK]


06. Kem Bestari Solat Siri 4 [02.10.2010]

Kem ini merupakan kem susulan yang telah diadakan sebelum ini. Kem yang terakhir bagi tahun ini diadakan bagi seluruh pelajar muslim dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan diadakan di sekolah serta di masjid berdekatan.


Lihat gambar terpilih di sini [KLIK]


07. Lawatan wakil dari Jabatan Audit Negara dan Bahagian Pembangunan KPM [07.10.2010]

Pada 07 Oktober yang lalu, pihak sekolah telah menerima kunjungan lawatan dari wakil Jabatan Audit Negara dan Bahagian Pembangunan Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM] yang diiringi oleh Penolong Pegawai PPD Tenom bagi membuat pemeriksaan dan penilaian audit ke atas Makmal Komputer sekolah. Lawatan ini adalah lawatan kedua dari pihak KPM selain daripada lawatan berkala pihak Jabatan Kerja Raya dan PPD.


Lihat gambar terpilih di sini [KLIK]


08. Kelas ICT sepanjang bulan Oktober [mula 04-26.10.2010]

Kelas ICT ini merupakan antara program yang berkaitan dengan ICT yang pertama seumpama dengannya dianjurkan di sekolah. Ianya dianjur dan dilaksana oleh Fasilitator SchoolNet sekolah dan dibantu oleh Penyelaras ICT serta para warga yang lain. Aktiviti ini adalah untuk Tahun 6 sebagai aktiviti rintis sempena program SMERP dan melibatkan P & P ICT yang asas sahaja kerana keterbatasan kemudahan tempat, peralatan, dan bahan yang sepatutnya sudah ada dan boleh digunakan. Kelas ini menumpang di Bilik Didik Kasih [Kelas Pemulihan] sepanjang ianya diadakan.

Oleh kerana sambutan hangat dan menggalakkan diterima dari para warga dan pelajar terutamanya, program ini akan dilanjutkan semasa cuti sekolah bagi penggal kedua persekolahan hujung tahun ini. Ianya akan terbuka kepada semua warga [guru dan AKS] dan murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. 


Lihat gambar terpilih di sini [KLIK]


Nota: Kemas kini pada 08.11.2010

Tiada ulasan:

CATATAN IKLAN / BAHAN PERKONGSIAN

KLIK GAMBAR KOTAK JIKA INGIN TERUS MEMUAT TURUN. JIKA INGIN MELIHAT / MEMBACANYA DAHULU [SEBELUM MUAT TURUN], SILA LIHAT DI:-

BUKU PELAWAT

Nama:
Emel:
Perkara:
Mesej:
Tandatangan (case-sensitive):