FACEBOOK SK. PAGUOKON

MAKLUMAN


AWAM

08. Kelas ICT : Sepanjang cuti sekolah penggal 2, kesinambungan dari Kelas ICT yang diadakan pada Oktober lalu.

07. Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar : Ditangguh ke tahun hadapan.

06. Penanaman Sejuta Pokok : 15 November, kawasan sekolah.

05. Sukan Sekolah : 15-16 November, Padang sekolah.

04. Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 : 30 Oktober, Kota Kinabalu.

03. Badminton Persahabatan : 28 Oktober, SK. Pekan lwn SK. Paguokon, Kompleks Sukan Tenom.

02. Mesyuarat PIBG kali ke-2 : 26 Oktober, Kelas Tahun 6.

01. Lawatan Kelab Guru & AKS : 23-24 Oktober, W.P. Labuan.


=> Ibu Bapa / Penjaga yang berkenaan : Sila rujuk surat rasmi yang telah diedarkan.


WARGA SK. PAGUOKON

03. Taklimat SKPM : 09 November, Kelas Tahun 6

02. Mesyuarat Staf : 08 November, Kelas Tahun 6

01.
Sesi Fotografi warga SK. Paguokon sesi 2010 : Bermula 26 Mei [Rabu].


=> Sila rujuk notis / memo di Pejabat untuk maklumat lanjut dan terkini.

=> Klik 'IKLAN' untuk iklan / catatan maya.

01 Januari 2010

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Awal...

Sebelum Sekolah Kebangsaan (SK.) Paguokon, Tenom ini wujud, kanak-kanak dari Kampung (Kg.) Paguokon, Kampung Manining, Kampung Pansailon, Kampung Batu Kelamba dan anak-anak pekerja dan kakitangan di Pusat Pertanian Lagud Sebrang terpaksa bersekolah di SK. Mantailang yang jauhnya lebih kurang 12 Kilometer (km). Ada juga anak-anak dari Kg. Pansailon dan Kg. Manining pergi bersekolah di SK. Kalang Kanar yang jauhnya lebih kurang 10km. Murid-murid yang pergi bersekolah di SK. Mantailang dan SK. Kalang Kanar ketika itu terpaksa menggunakan perahu. Ini adalah merbahaya kepada keselamatan murid-murid berkenaan jika air bah berlaku.

Memandangkan dari segi keselamatan anak-anak mereka, maka pada tahun 1974, Ketua Kampung Paguokon, Encik Rasikan Mampaul telah memohon kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui Jabatan Pendidikan Daerah Tenom (JPDT) supaya membina sebuah sekolah di Kg. Paguokon bagi kemudahan persekolahan anak-anak mereka di sekitar kampung tersebut. Walau bagaimanapun, permohonan beliau belum dapat dipertimbangkan ketika itu.

Pada tahun 1975, sekali lagi En. Rasikan Mampaul merujuk permohonan beliau kepada JPN atas kerjasama dan sokongan Pegawai Pendidikan Daerah Tenom, En. Ibrahim Maarof ketika itu dan akhirnya permohonan beliau telah diluluskan.

Setelah kelulusan pembinaan sekolah di Kg. Paguokon ini diperolehi, maka pihak JPDT telah mencari tapak untuk sekolah dan akhirnya atas kerjasama pihak Pusat Pertanian Lagud Sebrang, Tenom telah bersetuju memberi kawasan tanah untuk tapak sekolah yang berhampiran dengan Pusat Penyelidikan Pertanian berkenaan.

Pada 5hb Januari 1976, Ibubapa di sekitar kawasan Kg. Paguokon telah mula mendaftarkan anak-anak mereka untuk belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Paguokon, Tenom. Bilangan murid yang belajar pada masa itu seramai 99 orang dan tenaga pengajar mereka seramai tiga orang.

Memandangkan bertambah ramainya bilangan murid-murid di sekolah ini, maka JPN dan Pegawai Pendidikan Derah Tenom ketika itu, En. Ghulam Hussein Hj. Mohd. Shaffie sekali lagi membuat perancangan untuk menambahkan lagi bangunan sekolah. Dan akhirnya pada pada tahun 1982, bangunan tambahan yang mempunyai empat buah bilik darjah, sebuah bilik serbaguna telah mula dibina dan siap pada awal tahun 1983. Bilangan murid yang belajar ketika itu ialah seramai 147 orang dan tenaga pengajar seramai enam orang.

Bangunan tambahan SK. Paguokon ini telah dirasmikan oleh Penyelia Kanan Bahagian Keningau pada 12hb. Disember 1983 yang ketika itu ialah En. Ahmad Satar.

Kini murid-murid di sekolah ini dapat belajar dalam keadaan yang selesa walaupun tidak mempunyai kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang memuaskan.


Sumber: Nota Catatan Guru Besar.
Nota: Disalin semula sepenuhnya dari teks asal dengan sedikit suntingan.

Tiada ulasan:

CATATAN IKLAN / BAHAN PERKONGSIAN

KLIK GAMBAR KOTAK JIKA INGIN TERUS MEMUAT TURUN. JIKA INGIN MELIHAT / MEMBACANYA DAHULU [SEBELUM MUAT TURUN], SILA LIHAT DI:-

BUKU PELAWAT

Nama:
Emel:
Perkara:
Mesej:
Tandatangan (case-sensitive):