UCAPAN GURU BESAR SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT SEKOLAH 2010
30.08.2010
Terima kasih pengacara majlis,
Yang saya hormati, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, AJK Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 peringkat SK. Paguokon, para guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi, selamat pagi dan Salam 1Malaysia.
Pertama kali, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali yang ke-53 kepada seluruh warga SK. Paguokon. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK program Sambutan Bulan Kemerdekaan dan guru-guru serta para pelajar kerana dapat merancang dan melaksanakan program ini. Pihak sekolah berharap, dengan adanya program ini, dapat mendidik dan membina warga sekolah agar dapat mengukuhkan semangat patriotisme untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia. Selain itu, program ini juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam usaha membentuk kedamaian, keamanan hidup bermasyarakat.
Dalam kesempatan ini juga, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali yang ke-53 kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga barisan pemimpin dan pejuang negara yan berjaya menjadikan negara kita merdeka dari cengkaman penjajah.
Marilah kita sama-sama mengekalkan kemerdekaan ini agar ia sentiasa berada dalam tangan kita buat selama-lamanya. Janganlah kita leka dan alpa di atas kesenangan dan kemewahan yang ada sekarang kerana kelak ia akan membuatkan kita tenggelam ditelan semuanya dan akhirnya negara kita tergadai. Jangan… Jangan biarkan ianya berlaku.
Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-53. Semoga kita semua semakin Cemerlang, Gemilang dan Terbilang bersama-sama pemimpin bijaksana negara.
MERDEKA..! MERDEKA..!! MERDEKA..!!!
Sekian dan terima kasih.
Jemial Guhak
Guru Besar SK. Paguokon, Tenom
30.08.2010
~Muat turun ucapan di sini [KLIK]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan