FACEBOOK SK. PAGUOKON

MAKLUMAN


AWAM

08. Kelas ICT : Sepanjang cuti sekolah penggal 2, kesinambungan dari Kelas ICT yang diadakan pada Oktober lalu.

07. Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar : Ditangguh ke tahun hadapan.

06. Penanaman Sejuta Pokok : 15 November, kawasan sekolah.

05. Sukan Sekolah : 15-16 November, Padang sekolah.

04. Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 : 30 Oktober, Kota Kinabalu.

03. Badminton Persahabatan : 28 Oktober, SK. Pekan lwn SK. Paguokon, Kompleks Sukan Tenom.

02. Mesyuarat PIBG kali ke-2 : 26 Oktober, Kelas Tahun 6.

01. Lawatan Kelab Guru & AKS : 23-24 Oktober, W.P. Labuan.


=> Ibu Bapa / Penjaga yang berkenaan : Sila rujuk surat rasmi yang telah diedarkan.


WARGA SK. PAGUOKON

03. Taklimat SKPM : 09 November, Kelas Tahun 6

02. Mesyuarat Staf : 08 November, Kelas Tahun 6

01.
Sesi Fotografi warga SK. Paguokon sesi 2010 : Bermula 26 Mei [Rabu].


=> Sila rujuk notis / memo di Pejabat untuk maklumat lanjut dan terkini.

=> Klik 'IKLAN' untuk iklan / catatan maya.

20 Mei 2010

MAJLIS JAMUAN SAMBUTAN HARI GURU DAN KERAIAN STAF

MAJLIS SAMBUTAN SEMPENA HARI GURU 
SERTA MERAIKAN PERPISAHAN EN. PARISEH DAN KETIBAAN WARGA SK. PAGUOKON YANG BARU


Tarikh: 20 Mei 2010
Tempat: Asia Rasa Bed and Breakfast, Tenom
Masa: 7:00 malam
Anjuran: Kelab Guru SK. Paguokon

Tentatif:-
7:00 malam - Ketibaan warga SK. Paguokon

7:05 malam - Ketibaan Guru Besar dan semua Penolong Kanan

7:10 malam - Ketibaan En. Pariseh Ampuli

7:15 malam - Majlis Dimulakan
                 - Ucapan Guru Besar
                 - Ucapan En. Pariseh Ampuli
                 - Ucapan En. Petrus Tanggau
                 - Majlis Memotong Kek Hari Lahir
                 - Penyampaian Hadiah / Cenderahati
                 - Jamuan Makan
                 - Sesi Karaoke

9:00 malam - Bersurai

Majlis ini diadakan sempena meraikan Hari Guru [16 Mei] dikalangan guru dan AKS SK. Paguokon, dan juga meraikan perpisahan En. Pariseh Ampuli, mantan PK KOKUM SK. Paguokon yang kini dilantik menjadi Guru Besar SK. Klorok, Tenom, serta meraikan ketibaan warga kakitangan SK. Paguokon yang baru iaitu En. Petrus Tanggau yang mengambil tempat E. Pariseh, dan juga En. Mohd. Samizul Samad, Fasilitator SchoolNet SK. Paguokon yang baharu.

Majlis dimulakan sekitar 7:30 malam dan dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Asri. Beliau kemudiannya menjemput dan mempersilakan Ustaz Rahman membacakan doa selamat, dan kemudian disusuli oleh ucapan alu-aluan Guru Besar, En Jemial. Majlis seterusnya mempersilakan tetamu yang diraikan iaitu En. Pariseh dan En. Petrus untuk menyampaikan ucapan mereka.

En. Pariseh dalam ucapan beliau antara lain menyebut, pengalaman bertugas di SK. Paguokon walaupun hanya lebih kurang setahun sangat berharga dan banyak membantu beliau terutama semasa dilantik bertugas di SK. Klorok sebagai Guru Besar. Beliau memohon maaf jika banyak kelemahan dan kekurangan dar dirinya selama bertugas di SK. Paguokon. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan dan penghargaan yang diberikan kepadanya selama ini oleh warga SK. Paguokon.

En. Petrus dalam 'ucapan sulungnya' pula berkata, beliau gembira dapat bertugas di persekitaran yang baru. Walaupun jarak perjalanan dari rumah ke sekolah adalah jauh [Kemabong - Paguokon], beliau tetap menganggapnya sebagai suatu cabaran dalam melaksana amanah dan tanggungjawab yang diberi. Beliau secara khusus mengucapkan terima kasih atas usaha yang telah dilakukan oleh PK KOKUM sebelum ini dan beliau akan berusaha untuk melakukan sesuatu yang lebih baik lagi selaku PK KOKUM SK. Paguokon yang baru.

Selepas selesai sesi ucapan, majlis diserikan dengan sesi memotong kek sempena meraikan ulangtahun Hari Lahir beberapa orang kakitangan yang telah dan akan [tidak lama lagi] menyambut Hari Lahir mereka. Kakitangan tersebut ialah Cik Agatha, En. Vitalis, Ustaz Mohd Asri, Pn. Nurnawwarah Chong, Pn. Marhaini, Cik Zayainna, Pn. Nooraini, Pn. Justina, Pn. Noridah, dan Cik Zainab.

Seterusnya, sesi penyampaian cenderakenangan kepada tetamu yang diraikan, dan juga hadiah kepada mereka yang menyambut Hari Lahir dan semua kakitangan SK. Paguokon. Sejurus selesai, sesi jamuan makan pun bermula...

Majlis diserikan lagi dengan sesi karaoke santai sambil para tetamu menjamu selera yang sememangnya cukup menyelerakan. Antara yang 'berani' tampil menyumbangkan lagu ialah En. Vitalis, Pn. Nurnawwarah Chong, Pn. Marhaini, En. Jemial, En. Mohd. Samizul, dan En. Ahmad. Majlis akhirnya bersurai sekitar 9:30 malam.

Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada para tetamu khasnya En. Pariseh dan warga SK. Paguokon yang lain yang dapat hadir. Tidak dilupakan ucapan terima kasih ini ditujukan kepada barisan AJK Penganjur yang bertungkus-lumus membantu merealisasikan majlis ini dengan jayanya.

ALBUM



Disediakan oleh:
Setiausaha Kelab Guru SK. Paguokon
Sesi 2010

Tiada ulasan:

CATATAN IKLAN / BAHAN PERKONGSIAN

KLIK GAMBAR KOTAK JIKA INGIN TERUS MEMUAT TURUN. JIKA INGIN MELIHAT / MEMBACANYA DAHULU [SEBELUM MUAT TURUN], SILA LIHAT DI:-

BUKU PELAWAT

Nama:
Emel:
Perkara:
Mesej:
Tandatangan (case-sensitive):