FACEBOOK SK. PAGUOKON

MAKLUMAN


AWAM

08. Kelas ICT : Sepanjang cuti sekolah penggal 2, kesinambungan dari Kelas ICT yang diadakan pada Oktober lalu.

07. Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar : Ditangguh ke tahun hadapan.

06. Penanaman Sejuta Pokok : 15 November, kawasan sekolah.

05. Sukan Sekolah : 15-16 November, Padang sekolah.

04. Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 : 30 Oktober, Kota Kinabalu.

03. Badminton Persahabatan : 28 Oktober, SK. Pekan lwn SK. Paguokon, Kompleks Sukan Tenom.

02. Mesyuarat PIBG kali ke-2 : 26 Oktober, Kelas Tahun 6.

01. Lawatan Kelab Guru & AKS : 23-24 Oktober, W.P. Labuan.


=> Ibu Bapa / Penjaga yang berkenaan : Sila rujuk surat rasmi yang telah diedarkan.


WARGA SK. PAGUOKON

03. Taklimat SKPM : 09 November, Kelas Tahun 6

02. Mesyuarat Staf : 08 November, Kelas Tahun 6

01.
Sesi Fotografi warga SK. Paguokon sesi 2010 : Bermula 26 Mei [Rabu].


=> Sila rujuk notis / memo di Pejabat untuk maklumat lanjut dan terkini.

=> Klik 'IKLAN' untuk iklan / catatan maya.

18 Mei 2010

GOTONG-ROYONG PERDANA

GOTONG-ROYONG PERDANA
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 16 MEI


Program: Gotong-royong Perdana [serentak seluruh negara]
Tarikh: 15 Mei 2010 [Sabtu]
Tempat: SK. Paguokon, Tenom
Peserta: Seluruh warga SK. Paguokon [Kakitangan, Ibubapa, dan masyarakat sekitar]
Anjuran: SK. Paguokon, Tenom dan PIBG SK. Paguokon, Tenom


Gotong-royong ini merupakan acara yang julung kali diadakan pada tahun ini yang melibatkan pihak sekolah, PIBG, Ibubapa dan masyarakat sekitar dengan aktiviti seumpamanya. Program ini diadakan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia sempena sambutan Hari Guru setiap 16 Mei.

Acara bermula sekitar 7:30 pagi dengan ketibaan semua peserta. Pada 7:40 pagi, Cikgu Ahmad memulakan sesi taklimat diikuti ucapan alu-aluan Guru Besar, En. Jemial dan sesi pembahagian tugas oleh Cikgu Vitalis. Dianggarkan sekitar 100 orang telah hadir [tidak termasuk murid-murid] memeriahkan lagi program gotong-royong perdana ini. Antara masyarakat sekitar yang datang membantu ialah pelatih OISCA [Organization for Industrial, Spiritual and Cultural Advancement] dan warga Taman Pertanian Sabah.

Antara kawasan yang 'kritikal' ialah persekitaran kelas kabin [air bertakung], kawasan rumah guru yang tidak berpenghuni dan siling pejabat pentadbiran yang dihuni kelawar.

Sekitar 10:30 pagi, jamuan ringan bermula untuk murid-murid. Sekita 11:00 pagi, barulah sesi jamuan untuk orang dewasa. Program tamat dan bersurai sekitar 12:00 tengahari.

Keseluruhannya, aktiviti ini adalah berjaya dan mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak. Adalah diharapkan, aktiviti seumpama ini atau aktiviti lain yang mampu mengeratkan kemesraan antara pihak sekolah, ibubapa dan masyarakat sekitar dapat dilaksana dan dipertingkatkan lagi.


ALBUM


Disediakan oleh:
Mohd. Samizul Samad
Fasilitator SchoolNet merangkap Setiausaha II Pentadbiran SK. Paguokon
Sesi 2010

Tiada ulasan:

CATATAN IKLAN / BAHAN PERKONGSIAN

KLIK GAMBAR KOTAK JIKA INGIN TERUS MEMUAT TURUN. JIKA INGIN MELIHAT / MEMBACANYA DAHULU [SEBELUM MUAT TURUN], SILA LIHAT DI:-

BUKU PELAWAT

Nama:
Emel:
Perkara:
Mesej:
Tandatangan (case-sensitive):