LAWATAN KE MAKMAL KOMPUTER
Tarikh: 04 Ogos 2010
Masa: 2:30 petang
Tempat: Makmal Komputer
ALBUM
Pada 04hb Ogos yang lalu, pihak sekolah menerima lawatan dari wakil Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM] yang diiringi oleh Pegawai Maklumat [ICT] Pejabat Pelajaran Daerah Tenom [PPDT]. Lawatan ini bertujuan untuk memeriksa keadaan dan bangunan makmal komputer SK. Paguokon yang masih belum sempurna disiapkan, atau diserahkan kepada pihak sekolah termasuk peralatan [kemudahan] seperti komputer, kerusi dan meja untuk pengajaran dan pembelajaran komputer [ICT] yang 'ditinggalkan' sejak penghujung tahun 2008.
Lawatan ini adalah kali yang ketiga dari pihak yang berlainan ke makmal ini untuk pemeriksaan sepanjang tahun ini. Sebelum ini, pihak PPDT dan Jabatan Kerja Raya daerah Tenom telah datang membuat pemeriksaan, masing-masing pada 10hb Februari dan 11hb Mei.
Semoga permasaalahan ini dapat ditangani secara tuntas.
Disediakan oleh:
Mohd. Samizul Samad
Setiausaha II Pentadbiran SK. Paguokon
Sesi 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan