KUNJUNGAN PERPUSTAKAAN BERGERAK NEGERI SABAH
Tarikh: 06 Julai 2010 [Kali pertama bagi tahun 2010]
Tempat: SK. Paguokon
ALBUM
SK. Paguokon menerima kunjungan Perpustakaan Bergerak dari daerah Keningau pada 06 Julai 2010 setelah ditunda sejak awal tahun akibat kerosakan yang berlaku pada kenderaan. Sambutan sangat menggalakkan. Mengikut jadual perancangan, Perpustakaan Bergerak ini datang dua minggu sekali ke SK. Paguokon. Semoga kunjungan ini dimanfaatkan sewajarnya dan mampu meningkatkan lagi tahap membaca warga SK. Paguokon. Jutaan terima kasih diucapkan atas kerjasama dan usaha gigih pihak Perpustakaan Bergerak Negeri Sabah umumnya, dan bagi daerah Keningau khususnya.
Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.
Disediakan oleh:
Mohd. Samizul Samad
Setiausaha II Pentadbiran SK. Paguokon
Sesi 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan