FACEBOOK SK. PAGUOKON

MAKLUMAN


AWAM

08. Kelas ICT : Sepanjang cuti sekolah penggal 2, kesinambungan dari Kelas ICT yang diadakan pada Oktober lalu.

07. Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar : Ditangguh ke tahun hadapan.

06. Penanaman Sejuta Pokok : 15 November, kawasan sekolah.

05. Sukan Sekolah : 15-16 November, Padang sekolah.

04. Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 : 30 Oktober, Kota Kinabalu.

03. Badminton Persahabatan : 28 Oktober, SK. Pekan lwn SK. Paguokon, Kompleks Sukan Tenom.

02. Mesyuarat PIBG kali ke-2 : 26 Oktober, Kelas Tahun 6.

01. Lawatan Kelab Guru & AKS : 23-24 Oktober, W.P. Labuan.


=> Ibu Bapa / Penjaga yang berkenaan : Sila rujuk surat rasmi yang telah diedarkan.


WARGA SK. PAGUOKON

03. Taklimat SKPM : 09 November, Kelas Tahun 6

02. Mesyuarat Staf : 08 November, Kelas Tahun 6

01.
Sesi Fotografi warga SK. Paguokon sesi 2010 : Bermula 26 Mei [Rabu].


=> Sila rujuk notis / memo di Pejabat untuk maklumat lanjut dan terkini.

=> Klik 'IKLAN' untuk iklan / catatan maya.

03 Mei 2010

KEM SOLAT BESTARI 2010

Program: Kem Solat Bestari 2010
Tarikh: 01 Mei 2010 [Sabtu]
Tempat: Masjid Al-Fath, Kompleks Pertanian Lagud Sebrang
Peserta: Murid Kelas JQAF [Tahun 1 - 4]
Anjuran: Panitia Pendidikan Islam, SK. Paguokon [Unit JQAF]


Kem - yang pertama kali diadakan - ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman murid mengenai ibadah solat [sembahyang]. Aktiviti ini dijalankan secara ringkas [setengah hari] yang merangkumi teori dan amali ringkas mengenai tatacara Wudhu' [mengambil air sembahyang sebelum memulakan solat] dan solat itu sendiri.

Peserta kem ini terdiri daripada semua murid yang mempunyai kelas JQAF iaitu murid Tahun 1 hingga Tahun 4. Kehadiran peserta adalah memuaskan. Murid Tahun 5 dan 6 tidak mempunyai kelas JQAF kerana kelas JQAF hanya bermula pada tahun 2007.

Ajk program terdiri daripada; Ust. Mohd Asri [Pengarah], Ust. Raman Akmat [Ketua Panitia Pend. Islam] dan isteri, Cikgu Ahmad Latip, En. Mohd. Samizul Samad dan Cikgu Aminah Bidin.

Aktiviti bermula sekitar 7:30 pagi dan dimulakan dengan slot pengisian Riadah ringkas. Kemudian, teori dan amali Wudhu' sehingga 10:00 pagi. Program berhenti rehat sekitar 10:00 pagi untuk minum pagi dan disambung semula sekitar 10:45 pagi. Pengisian disambung semula dengan slot yang terakhir iaitu teori dan amali solat. Solat yang dipelajari kali ini ialah solat Zohor.

Slot pengisian tamat sekitar 12:45 tengahari [selepas solat Zohor] dan peserta kemudiannya menjamu makan tengahari sebelum bersurai. Kem ini tamat sepenuhnya sekitar 1:30 petang.



ALBUM


Tiada ulasan:

CATATAN IKLAN / BAHAN PERKONGSIAN

KLIK GAMBAR KOTAK JIKA INGIN TERUS MEMUAT TURUN. JIKA INGIN MELIHAT / MEMBACANYA DAHULU [SEBELUM MUAT TURUN], SILA LIHAT DI:-

BUKU PELAWAT

Nama:
Emel:
Perkara:
Mesej:
Tandatangan (case-sensitive):